Thursday, April 10, 2008

My 2nd Complaint to IR

This report is extracted from my Laporan Pembuangan Kerja Di Bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Rujuk Fail: JPP (PAH) SEK 20 184/2006 I prepared for the Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan, (Kementerian Sumber Manusia), Tingkat 7, Wisma Persekutuan, 25532 Kuantan, Pahang Darul Makmur on the 16.8.2006

Saya terus menelefon pejabat JPP dan pada petangnya berjumpa dengan Ketua Pengarah JPP perihal kejadian di atas. Beliau meminta saya laporkan perkara ini dengan bertulis menggunakan Borang Aduan.

Latar Belakang Pembuangan Kerja 10.8.2006

This report is extracted from my Laporan Pembuangan Kerja Di Bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Rujuk Fail: JPP (PAH) SEK 20 184/2006 I prepared for the Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan, (Kementerian Sumber Manusia), Tingkat 7, Wisma Persekutuan, 25532 Kuantan, Pahang Darul Makmur on the 16.8.2006

Pada 10hb Ogos 2006 jam 8:30 pagi saya telah pergi ke Cryovac untuk melaporkan diri bertugas. Ini adalah menuruti Memorandum Persetujuan (No. rujukan Fail JPP (PAH) SEK 20 184/2006) (Lampiran 5) dan surat Reinstatement (Lampiran 4) yang dipersetujui dalam rundingan Representasi Di Bawah Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Mengenai Pembuangan Kerja Norazihan Binti Zulkifli Oleh Cryovac (M) Sdn. Bhd. Pada 17.5.2006.

Kehadiran saya dipejabat ditunggu ED Eksekutif dan saya diminta menunggu Service Center Manager di bilik latihan dengan beliau menemani kehadiran saya sepanjang masa.

Jam 8:45 pagi saudari Irene masuk ke bilik latihan itu dan menyerahkan saya satu sampul surat. Saya disuruh buka dan baca surat di dalamnya. Saya dapati surat itu adalah surat Termination (Lampiran 6) bertanda tangan saudara Fairuz Abdullah yang berkuat kuasa pada hari itu juga tanpa notis 60 hari seperti di dalam surat perlantikan jawatan. Saya tidak diberi apa-apa sebab dan berkeputusan meninggalkan premis.

Saya dimaklumkan bahawa tunggakan dua bulan gaji sudahpun dimasukkan ke dalam akaun saya berjumlah RM12,123.25 walaupun tiada slip gaji diberikan. Saya diberikan surat termination (Lampiran 6), diberitahu saudari Irene memang majikan tidak ada niat untuk pemulihan kerja saya, dan di”escort” keluar.

Sejurus kemudian, seorang Pengawal Sekuriti tiba untuk meng”escort” saya keluar. Saya pun meninggalkan premis.

Report for Duty

This report is extracted from my Laporan Pembuangan Kerja Di Bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Rujuk Fail: JPP (PAH) SEK 20 184/2006 I prepared for the Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan, (Kementerian Sumber Manusia), Tingkat 7, Wisma Persekutuan, 25532 Kuantan, Pahang Darul Makmur on the 16.8.2006

Pada 7hb Ogos saya menyerahkan cek bagi pembayaran balik wang pampasan seperti yang disediakan (Lampiran 8) melalui seorang wakil. Pada 9hb Ogos saya mendapatkan kepastian bahawa cek sudah ditunaikan juga melalui seorang wakil. Pada 10hb Ogos saya ke Cryovac dengan tujuan melapurkan diri kembali bertugas.

IR Reconciliation Meeting

This report is extracted from my Laporan Pembuangan Kerja Di Bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Rujuk Fail: JPP (PAH) SEK 20 184/2006 I prepared for the Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan, (Kementerian Sumber Manusia), Tingkat 7, Wisma Persekutuan, 25532 Kuantan, Pahang Darul Makmur on the 16.8.2006

Pada 2 Ogos 2006 rundingan dijalankan di pejabat JPPP dikendali Ketua Pengarah JPPP Encik August Buma, Cryovac diwakili saudara Fairuz dan saudari Irene, manakala saya hadir seorang. Pegawai representasi JPP mendapati pemberhentian kerja saya telah terjadi secara terpaksa – Forced Resignation. Kemudiannya saya diberitahu majikan akan mengambil balik kerja dengan tiada apa-apa kerugian dengan syarat. Syaratnya ialah saya perlu pulangkan semua wang pampasan yang telah saya terima untuk membolehkan saya mula bekerja dan majikan akan membayar balik 2 bulan gaji yang sudah tertunggak. Saya akur kepada keputusan JPP. Majikan mengeluarkan surat tawaran Reinstatement (Lampiran 4) dan juga Memorandum Persetujuan yang telah mereka sediakan. Kami menyemak kedua-duanya dan surat Reinstatement saya terima dan Memorandum Persetujuan (No. rujukan Fail JPP (PAH) SEK 20 184/2006) (Lampiran 5) ditanda tangani semua pihak.

My IR Complaint

This report is extracted from my Laporan Pembuangan Kerja Di Bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Rujuk Fail: JPP (PAH) SEK 20 184/2006 I prepared for the Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan, (Kementerian Sumber Manusia), Tingkat 7, Wisma Persekutuan, 25532 Kuantan, Pahang Darul Makmur on the 16.8.2006

Saya menerima wang pampasan yang dijanjikan beberapa hari selepas itu dengan jumlah RM111,160.02. Jumlah RM1,000 tertunggak seperti dinyatakan dalam slip gaji bulan Mei 2006 (Lampiran 10) bagi cagaran sementara untuk apa-apa saman kereta sekiranya ada.

Pada 14hb Julai 2006 saya membuat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang (JPPP) mengenai penganiayaan yang telah berlaku keatas diri saya oleh majikan saya. Pada 22 Julai 2006 saya menerima surat penerimaan JPPP bagi Representasi Di Bawah Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Mengenai Pembuangan Kerja Norazihan Binti Zulkifli Oleh Cryovac (M) Sdn. Bhd. Pada 17.5.2006 (number rujukan Bil(2)dlm.PPP.PHG.SEK20 184/2006)

Latar Belakang Pembuangan Kerja 17.5.2006

This report is extracted from my Laporan Pembuangan Kerja Di Bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Rujuk Fail: JPP (PAH) SEK 20 184/2006 I prepared for the
Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan, (Kementerian Sumber Manusia), Tingkat 7, Wisma Persekutuan, 25532 Kuantan, Pahang Darul Makmur on the 16.8.2006

Pada 16hb Mei 2006 jam 4 petang saya dipanggil ke pejabat Pengurus Kilang semasa itu iaitu saudara Fairuz. Beliau memberitahu saya, berhubung dengan restructuring, jawatan saya (Quality Assurance Manager) adalah tidak diperlukan dan perkhidmatan saya juga adalah tidak diperlukan lagi. Beliau menyuruh samada saya menamatkan perkhidmatan saya dengan meletakkan jawatan (resign) dengan menerima wang hadiah 1 x Gaji Kasar x Tahun Perkhidmatan atau diberhentikan dengan tiada apa-apa pampasan. Dengan cara diberhentikan saya juga tidak akan menerima referral yang baik sekiranya diminta oleh mana-mana organisasi. Saya meminta untuk memberi keputusan keesokan harinya kerana perlu merujuk kepada yang lebih arif dalam hal seperti ini.

Keesokan harinya 17hb Mei 2006 jam 4 petang saya sekali lagi dipanggil saudara Fairuz. Beliau bertanyakan keputusan saya. Saya menyatakan sedia meletakkan jawatan dengan pampasan Ringgit Malaysia Setengah Juta dan menjelaskan butiran keatas tuntutan saya itu seperti yang telah saya tulis pada draf surat perletakan jawatan saya (Lampiran 1.) Beliau tidak bersetuju dan minta melihat surat tersebut. Saya menunjukkan surat saya itu. Beliau tidak bersetuju kerana katanya pampasan yang beliau sedia tawar adalah bukan seperti pampasan “VSS” yang biasa. Beliau mengeluarkan dua surat yang siap beliau tanda tangani dan menyuruh saya pilih. Satu surat ialah surat Termination dengan tiada pampasan dan satu lagi surat ialah acceptance of Resignation (Lampiran 2.) Saya minta untuk merujuk kedua-dua surat kepada orang yang lebih arif. Beliau tidak membenarkan. Beliau suruh saya pilih.

Dengan tiada pilihan lagi saya memilih Resignation kerana pada masa itu, cara itu adalah pilihan yang terbaik buat saya. Saya merunding untuk pampasan yang lebih dan beliau setuju setakat 1.2 x Gaji Kasar x Tahun Perkhidmatan. Dengan itu jumlah pampasan adalah RM102,228.00 (Lihat Lampiran 9 untuk slip gaji terakhir sebelum pembuangan kerja iaitu bagi bulan April 2006.) Bayaran lain-lain seperti bayaran cuti dan bonus tahunan akan dikumpulkan dengan gaji penuh Mei 2006 (seperti slip gaji bulan Mei 2006 Lampiran 10.)

Seterusnya, beliau menyatakan oleh kerana bunyi draf surat perletakan jawatan saya tidak selaras dengan bunyi surat acceptance of Resignation nya beliau menyuruh saya menulis surat perletakan jawatan yang lain yang lebih standard. Saya meminta pen dan kertas dan menulis surat yang diperlukan. Surat itu beliau terima pakai walaupun ianya ditulis tangan (doctor’s handwriting) dengan ringkasnya. Saya disuruh menyerah kembali apa-apa barang/dokumen syarikat dan saya diescort EHS Coordinator keluar.

Blogging Power

I learnt about blogging during those early months of unemployment. I was forced to resign from my job May 2006 with 10 years of service. I don't know why they have to do it by this crooked way but we will hear their reasons this coming case hearing June 11 in Court 20 Kuantan.

When I first started this blog back then I wanted to write this sad experience of unfair dismissal, and victimization. But I didn't have the heart. So I started to post light stuffs. Even the layout was colorful. Now I will try to share what had happen and what will happen .. my mission to stand up for my rights as a citizen of this the democratic country Malaysia. So my blogsite has a new face.