Thursday, April 10, 2008

Latar Belakang Pembuangan Kerja 17.5.2006

This report is extracted from my Laporan Pembuangan Kerja Di Bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Rujuk Fail: JPP (PAH) SEK 20 184/2006 I prepared for the
Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan, (Kementerian Sumber Manusia), Tingkat 7, Wisma Persekutuan, 25532 Kuantan, Pahang Darul Makmur on the 16.8.2006

Pada 16hb Mei 2006 jam 4 petang saya dipanggil ke pejabat Pengurus Kilang semasa itu iaitu saudara Fairuz. Beliau memberitahu saya, berhubung dengan restructuring, jawatan saya (Quality Assurance Manager) adalah tidak diperlukan dan perkhidmatan saya juga adalah tidak diperlukan lagi. Beliau menyuruh samada saya menamatkan perkhidmatan saya dengan meletakkan jawatan (resign) dengan menerima wang hadiah 1 x Gaji Kasar x Tahun Perkhidmatan atau diberhentikan dengan tiada apa-apa pampasan. Dengan cara diberhentikan saya juga tidak akan menerima referral yang baik sekiranya diminta oleh mana-mana organisasi. Saya meminta untuk memberi keputusan keesokan harinya kerana perlu merujuk kepada yang lebih arif dalam hal seperti ini.

Keesokan harinya 17hb Mei 2006 jam 4 petang saya sekali lagi dipanggil saudara Fairuz. Beliau bertanyakan keputusan saya. Saya menyatakan sedia meletakkan jawatan dengan pampasan Ringgit Malaysia Setengah Juta dan menjelaskan butiran keatas tuntutan saya itu seperti yang telah saya tulis pada draf surat perletakan jawatan saya (Lampiran 1.) Beliau tidak bersetuju dan minta melihat surat tersebut. Saya menunjukkan surat saya itu. Beliau tidak bersetuju kerana katanya pampasan yang beliau sedia tawar adalah bukan seperti pampasan “VSS” yang biasa. Beliau mengeluarkan dua surat yang siap beliau tanda tangani dan menyuruh saya pilih. Satu surat ialah surat Termination dengan tiada pampasan dan satu lagi surat ialah acceptance of Resignation (Lampiran 2.) Saya minta untuk merujuk kedua-dua surat kepada orang yang lebih arif. Beliau tidak membenarkan. Beliau suruh saya pilih.

Dengan tiada pilihan lagi saya memilih Resignation kerana pada masa itu, cara itu adalah pilihan yang terbaik buat saya. Saya merunding untuk pampasan yang lebih dan beliau setuju setakat 1.2 x Gaji Kasar x Tahun Perkhidmatan. Dengan itu jumlah pampasan adalah RM102,228.00 (Lihat Lampiran 9 untuk slip gaji terakhir sebelum pembuangan kerja iaitu bagi bulan April 2006.) Bayaran lain-lain seperti bayaran cuti dan bonus tahunan akan dikumpulkan dengan gaji penuh Mei 2006 (seperti slip gaji bulan Mei 2006 Lampiran 10.)

Seterusnya, beliau menyatakan oleh kerana bunyi draf surat perletakan jawatan saya tidak selaras dengan bunyi surat acceptance of Resignation nya beliau menyuruh saya menulis surat perletakan jawatan yang lain yang lebih standard. Saya meminta pen dan kertas dan menulis surat yang diperlukan. Surat itu beliau terima pakai walaupun ianya ditulis tangan (doctor’s handwriting) dengan ringkasnya. Saya disuruh menyerah kembali apa-apa barang/dokumen syarikat dan saya diescort EHS Coordinator keluar.

No comments: