Aku merujuk ke laman Al-Islam laman web Kerajaan Negeri Saudi, Kementrian Hal Ehwal Agama, Wakaf, Dakwah dan Nasihat yang mana menyediakan pencarian kepada Al-Quran dan Hadis. Terjumpa perihal Pusaka di dalam Undang-undang Kekeluargaan Islam maka terjumpalah aku ayat ini:
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.
(Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 180)
(Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 180)
Jadi sekarang harta yang mana yang wajib ku wasiatkan, kaum kerabat mana yang harus ku tinggalkan wasiat kepada (ibu bapa ku sudah tiada jadi bahagian mereka tidak payah ku bimbang lagi namun doa ku untuk mereke agar roh mereka berada bersama orang-0rang yang beriman dan beramal saleh ku panjangkan,) dan pecahan bahagian manakah yang harus ku nyatakan.
Ku baca berulang kali ayat di bawah:
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 11)
(Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 11)
Dari ayat di atas bagi harta ku, bahagian untuk anak tunggal perempuan ku ialah satu perdua atau separuh, dan untuk yang tiga anak lelaki ku sama banyak satu perdua atau yang separuh lagi. Bagaimana dengan suami ku?
Seterusnya tersentak aku, dari ayat di atas juga perihal bahagian pusaka si mati sekiranya dia mempunyai lebih dari dua anak perempuan. Makanya sepermegian kedua ayah dan ibu ku pembahagian yang disarankan adalah dua bahagian untuk anak lelaki dan satu bahagian untuk anak perempuan. Jadi yang betulnya ialah bagi kami kedua anak lelaki ialah satu pertiga dan untuk anak perempuan yang berlima atau berempat setelah meninggalnya kakak kedua ku. Bagaimana dengan bahagian apak setelah peninggalan emak hari tu?
Dan salahlah pembahagian pusaka apak yang dilakukan tempoh hari. Seperti yang ternyata di sini maka yang lelaki harus mendapat 1/3 dibahagi dua iaitu 1/6 dan yang perempuan harus mendapat 2/3 dibahagi empat iaitu 1/6 juga! Ya Allah dan itu lah yang diwasiatkan apak!
Ingin ku selitkan ayat ini perihal mengubah wasiat si mati:
Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah dia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 181)
(Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 181)
Balik kepada persoalan bahagian si suami:
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
(Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 12)
(Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 12)
Dari ayat yang di atas maka bahagian suami ku adalah 1/4 hartaku dan bagi ku sekiranya suami meninggal ialah 1/8 hartanya.
Jadi haruskah wasiat ku berbunyi: 1/4 harta ku untuk suami ku, dari 3/4 harta ku 1/2 untuk anak perempuan tunggal ku dan 1/2 lagi di bahagi tiga untuk tiga anak-anak lelaki ku. WaAllahua'lam. Harus ku rujuk kepada yang lebih mengetahui.
Bagi Jiha pula yang tiada lagi mempunyai ibu bapa, tidak mempunyai anak maupun suami maka kedua abang lelaki nya mendapat dua bahagian setiap orang dan adik dan kakak-kakaknya yang perempuan mendapat satu bahagian seorang seperti ayat di bawah:
Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan dia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan dia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 176)
(Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 176)
Bagi harta Emak pulak sepeninggalannya dahulu: 1/8 hartanya untuk Apak suaminya, dari 7/8 hartanya itu 1/3 untuk anak-anak lelakinya seramai dua orang, dan2/3 untuk anak-anak perempuannya seramai lima orang semasa itu.
Ku jumpa juga beberapa hadis perihal wasiat --> di sini dan wasiat Nabi Ibrahim (a.s.) dan Nabi Yaakub (a.s.) kepada anak-anak mereka:
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.
(Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 132)
(Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 132)
6 comments:
Wasiat perlu diutamakan - mengikut kata ustaz yg ku rujuk.
Pada pendapat ku, wasiat yg menyalahi hukum e.g. menyatakan hartanya diberi kepada anak angkatnya, maka barulah wasiat itu boleh ditolak dan pembahagian harta mengikut hukum faraid.
Amiable dispatch and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.
http://www.kptg.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=78&Itemid=57&lang=ms untuk permohonan pembahagian pusaka kecil <RM2 juta
Salam,
Wasiat boleh diberikan pada anak angkat jika tidak melebihi 1/3 kerana anak angkat bukan waris. Waris akan mendapat hak dalam pembahagian faraid. Banyak faktor mempengaruhi pembahagian harta pusaka. Sama-samalah belajar ilmu ini.
Genial post and this post helped me alot in my college assignement. Thank you on your information.
http://sites.google.com/site/hartasepencarian/3 terdapat draf-draf surat wasiat.
Post a Comment